Tuesday, August 31, 2010

dulu semua best.

Assalammualaikum dan salam kemerdekaan :)


hari ni 31 Ogos ke ? hari kemerdekaan bagi Malaysia kan ? kita semua suka hari ni bukan sbb merdeka tu tapi sbb 31 ogos cuti umum. cuti kan. sape tak suka. ehee. makin bertambah umur aku, makin hilang dah semangat patriotik dlm diri ni. kalau dulu, nak nak zaman selekeh2 kat skolah. tiap kali masuk je bulan ogos ni. mula lah bbudak pmpuan mnghias kelas. kene bayar mahal la ktu. sbb nak beli bndera yang lekat lekat kat meja tu. mcm2 digantung nya, smpai mabuk aku tgk sbb kiri kanan atas bawah bndera je penuh. nak menang kelas tercantik konon nya. pastu mula lah semua org busy masuk kuiz merdeka, nyanyi lagu patriotik. nak hadiah punya pasal. bukan sbb semangat merdeka tu. haha.

kat kampung2 pulak, pemuda umno ni sibuk gantung bendera kat tiang tiang letrik tepi jalan tu. kete kete pulak penuh dilekatkan bndera smpai ta tahu, tu kete ke bndera bgerak. haha. tapi tu dulu laa. rasa mcm meriah sgt. sampaikan line maxis, celcom,digi sume busy sbb semua dok busy hantar msg "Selamat Myambut Hari Kmerdekaan". sekarang. semua hilang ditelan bumi.*ayat hiperbola sikit*haha. even kita tgh sibuk sambut ramadhan tapi kita ta patut jgak abaikan tarikh terpenting bagi Malaysia ni. kalau bterusan mcm ni. aku ta tkejut kalau kita dijajah blik nti. dgn perangai certain2 manusia yang lolaq sgt pi ikut layan perangai indonesia. bakar2 bndera. dorg semua tu tak btamadun. kita ni rakyat yang maju ke hadapan. buat apa nak buat tu semua kan. apa pun, SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-53 ! till then. takecare all :)

Monday, August 30, 2010

cepat cepat. beli tiket. RAYA !

Assalammualaikum :)

yeahh yeahhh. nak raya. nak raya ! :P tadi lecturer da cnfirmkan yang class utk next week batal. cume ade satu je lect. Technical Maths. tapi semalam da cll mak, mak bgi ponteng. hehe. excited nk blik ni. da bole la beli tiket Mara Liner utk balik jumaat, 3hb ni. nak amek tiket pukul bape ye. nti smpai ruma lmbat lak. kena bbuka dlm bas. :l pening nak mmikirkan tiket utk balik ni. dgn baju2 yg tak sempat basuh yang akan aku angkut pulang sume. dgn lappy ni ha, ta mcm org hilang ruma ke aku nti. for sure beg aku 2 3. chop chop. korg tahu tak aku nak blik mana ni ? jauh tau. makan masa gak. byk bnde gak yg aku bole mimpi kan spanjang perjalanan blik tu. aku akn naik bas Mara Liner yang bertulis Alor Gajah-Melaka Sentral dan seterusnya.Melaka Sentral-Merlimau. hahh. mncabar kan. kene naik 2bas tu. :P

p/s doakan aku selamat sampai ruma ye nti :)

Sunday, August 29, 2010

semoga cepat sembuh ye.

Assalammualaikum :)

harap semua blogger sihat sntiasa bulan puasa ni. aminn :) act, tgh penat sgtsgt ni. lenguh satu badan tapi syukur. first program Sekretriat Rakan Muda, program amal lawatan ke hospital melaka. berjaya walaupun ade sikit kkurangan nya. tahniah kepada smua exco especially to myself. hee. dan terima kasih utk semua perserta yang pergi. even ada la 2 3 org buat perangai mcm taik. cancel last minit tapi ta bgtau aku.

tadi pukul 12 gerak dari micet terus ke masjid al azim. solat, solek2. gerak pegi wad kanak kanak. first pesakit yang aku mlawat, airmata ni terus mngalir. budak kecil lgi. 3bulan. sakit pneumonia kott. *ejaan ta pasti* pggil dia MAI. comel je. mak dia tgh bagi dia minum guna syringe. seksa tgok. tgn dia kene cucuk2. kecil lagi. dia ta kenal lgi dunia sbenar tpi dia da dpt dugaan besar mcmni. :'(

serius tak snggup tgok budak budak kecil yang 1 2 bulan kat situ. kene cucuk sana sini. aku yang besar ni pun kdang kdang takut dgn jarum. rasa nk ngis bila kene inject kat mana2. bayangkan la dorg. ta bole bckp. ta bole nak bgtahu doktor tu yang dorg sakit,takut. yang mampu. menangis je. majoriti yang ade kat wad tadi, mghidap Denggi. so, berhati hati ye warga melaka. aku rasa denggi kat melaka ni da tahap bahaya jugak.


p/s ada gak timbul rasa nyesal tolak tawaran nurse. kalau tak, aku mesti dpt tolong dorg sume.

Saturday, August 28, 2010

eksperimen hari ni :)

Assalammulaikum dan selamat petang :)

mcm ni lah nasi goreng kitaorg.hehe

mesti semua tgh dok pulun mnyediakan juadah berbuka kan kan ? hari ni korang bbuka apa ? ari ni kisah berbuka puasa kitaorg menarik sikit. sbb hari ni kitaorg mmasak nasi goreng. haha. nasi goreng je pun tapi kecoh smpi bgegar satu blok A ni. :P jakun aku sbb first time masak guna rice cooker. hee. kalau kat ruma apa jadah la pulak aku nak masak guna rice cooker tu kan. myusahkan je. mak aku pun mjerit nti kalau aku kata nak masak guna rice cooker. buang tabiat ke apa anak aku ni kan. hee.

mmg syok habis la aku dan 2org kakak ni mmasak. teringat zaman kecik kecik pulak, main masak2. hehe. nasi goreng kitaorg tu ada letak ayam sikit, sosej sikit. perhh. terliur liur aku masa memasak tadi. pdahal nasi goreng je. kalau kat ruma la, stakat nasi goreng main jeling jeling je. ta nak pndg pun. kalau nasi ayam ke,nasi tomato ke. tapela gak. tapi disebabkan aku berada di perantauan kan. so, dpt masak nasi goreng pun da merupakan pncapaian yang cukup bgus. bangga ni. hehe. utk dessert pulak kitaorg buat koktail. menu simple tapi lain dari yang lain. :) choww dulu.nak hias hias sikit nasi goreng tu.nak ltak lada benggala buat ukiran bunga2. hehe. till then. take care.

1 campur 1 = ?

Assalammualaikum :)

malam minggu di Micet. mmg sgt bosan. dgn wifi yang masih lagi di tahap siput babi baru belajar merangkak ni. aku da ta tahu nak buat apa. kata hujung mnggu. jadi assgment semua ditolak tepi dan dicampak jauh ke bawah katil. hujung minggu masa utk meronggeng. bukan masa bermesra dgn pen dan kertas. ouh syok nya kalau hujung mnggu mcm ni aku dpt cuci mata dekat dataran pahlawan. kenyang kan perut dgn sepotong kek secret recipe. yum yum. segarkan minda dgn cerita cerita hot kat gsc.

tapi tu semua cuma wjud dlm mimpi masa aku tidur ptg tadi.syok nya. rasa nak tidur dan mimpi bnde yang sama berulang kali. mungkin kalau aku tidur kjap lagi, aku akan mimpi aku sedang bermain bunga api dan mercun pop pop. hairan. anak anak felo dekat sini tade rasa nak main bunga api ke. aku hanya nmpk khidupan mereka di dlm ruma dan di court tenis. ouh. bosan nye hidup dorg. ta kenal erti zaman kanak kanak sebenar. kalau aku di posisi mereka, mgkin aku sedang berlari2 panjat bukit 'keras' di tgh tgh micet ni.nama pun kanak kanak.bahaya tu nombor 10. yang penting explore and have fun ! :)

entry ni ditulis semasa aku berada dibwah kawalan dan dlm keadaan tertekan akibat lagu raya yg tidak berjaya didownlod dgn sempurna. semakin hari,semakin memahami kondusi kesihatan wifi di micet ni.

Friday, August 27, 2010

nak buat tapi serba salah.

Assalammualaikum :)

Selamat Berbuka :)

rasanya sebelum ni aku pernah post entry pasal nak tukar url blog. knp tah kebelakangan ni, rasa nak tukar url tu mlonjak lonjak plak dlm hati ni. siap termimpi url lagi. ok. ni tipu. haha. rasa mcm merepek meraban sgt url blog skang ni. zaman hisap2 lolipop dulu. url main hentam je. jnji aku ade blog. tu da cukup uptodate la konon. yelahh. dulu dlm kelas aku. aku sorg je ade blog. habis pulun satu kelas baca blog aku, pastu dlm kelas ulang tayang blik apa aku tulis.
tapi kan. kesian pulak kat follower if aku tukar url. dan kene set up balik utk nuffnang tu. so, nak ke ta nak ek ? kene buat solat istikharah ni. hee. till then. takecare dan selamat berbuka :)

bila da tade, baru kita rasa.

Assalammualaikum :)

masa makin pantas bgerak. aku masih lagi duduk hadap lappy ni. bosan. asggment ade. cuma mood ni yang tak bape nak ade. hee. tadi blog walking dan aku baca pasal warkah utk arwah azmi, budak UM yang jatuh balkoni tu. mmg sedih. siap nangis ni. sob sob. :'( kalau aku ada kat tempat prempuan yang rapat dgn arwah tu.myb aku tak kan sekuat dye. sebab kawan tu sgtsgt penting dlm hidup aku. second after family. masa baca warkah tu, aku asyik pk kan mcm mcm bnde.

manusia ni terlalu khayal kan. bila org ada depan mata, kita layan dia nak tak nak je kkdng. tapi bila org tu da hilang kan diri dari hidup kita. baru kita sedar, hakikatnya kita terlalu egois utk mgaku yang kita perlukan dia. bila org tu dah pergi jauh, baru kita rasa yang byk bnda sgt yang kita nak ucapkan kat dia kalau dia masih ada. bila org tu buat ssuatu utk kita, kita tak pernah hargai. bila dia da jauh dari mata. mulalah kita duk tkenangkan bnde tu sume. bila cinta tu hadir semasa hayat org tu ade, kita cuba utk tangkis. tapi knp bila dia dah hilang. kita cuba mnagih sesuatu yang kita pasti kita tak kan miliki.dan bila kita sama sama jalani hidup dgn rasa gembira dan kasih sayang, kita selalu lupa yang sbyk mana pun kasih kita. slah seorang dari kita akan pergi tggalkan ini semua. inilah hakikat hidup. aku syukur sbb aku masih ada semua org kat sisi dan alhamdulillah setakat ni aku baru bape kali je rasa sakitnya utk mnerima kehilangan org yg kita syg. aku harap, aku yang pergi tggalkan semua org sebelum semua tggalkan aku.


sorry.pagi2 mcm ni.mood mmg agak ke arah kepoyoan sikit. so, baca je lah eh. jgn lupa nuff nuff. haha

penat la wey mcm ni !

Assalammualaikum. :)

tgh emosi ni sbb tiba2 senarai nama utk lawatan ke hospital tu jadi 21org. mcm mana bole terlebih ni.aduhh. ni yang aku tak suka. aku dah la byk bnde nak buat. geram je. hari ni hari khamis. so, ade LAB. lab sekejap je. lepas da habis tu. aku tido smpai ta ingt dunia. sedar2 da ptg. pdahal hari ni kelas just lab yang sejam setengah tu je. sekarang aku da tahu da knp rasa penat tu lain mcm je bila ade jadual yang melibatkan lab. sebab nya, ade kakak tu kata. kalau kita ade terdedah dgn acid even weak acid,kita mesti akan rasa penat teramat. last week aku ade involve dgn strong acid. ya Allah. mmg rasa penat satu badan. nsib baik la aku ni budak food. kalau aku budak polymer ke yg selalu involve dgn acid ni.mesti aku nye hobi TIDUR je. :P

aku baru je perasan yang sebenarnya but aku saiz 38. sepatutnya aku amek saiz 32. :P

Thursday, August 26, 2010

tekaan aku tepat.

Assalammualaikum :)

12;16 malam.

baru je balik dari cafe. ade birthday party. makan makan. yeahh. best. lagi best sbb makan free. hehe. ade baca kan entry sebelum ni pasal derma darah tu. ni lahh aku nk cite sbenarnya. tgh sedih dan kecewa ni. penat je makan byk2. tapiii bila naik je alat penimbang tu. jeng jeng jeng. 42kg ? ha? naik 2 kg je ke. kecewa la. nak derma darah. pakcik yang btugas tu cakap, lain kali time timbang bawa batu 2 3 biji, biar cukup 45kg.

tape. tahun depan cuba lagi. mesti dah layak. :) tapikann. ade beberapa ayat ayat yg aku dgr masa aku cakap yg aku nak derma darah. first, dorg kata kalo derma darah. nti berat badan cepat naik. kedua, kalau da sekali derma. kita akan jadi mcm ketagih utk derma. ketiga, dorg cakap je nak amek sikit tapi sekali da amek. habis darah kita dye sedut. keempat, kalau berat ala ala cukup syarat tu, senang nak pengsan time derma darah tu. apa pun ayat ayat yg dorg cakap. aku tetap nak jugak cuba derma darah. cuma dlm byk2 tu. aku ade rasa risau ttg berat badan naik tu :P

Monday, August 23, 2010

mari ramai ramai.

Assalammualaikum :)
tadi tgh jalan jalan,nyanyi2 pegi kelas.tiba2 aku npk poster.


KEMPEN DERMA DARAH.
Anda layak menderma sekiranya:

1. Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
2. Berat badan 45 kg dan ke atas

3. Sihat tubuh badan:
· Sihat pada hari menderma
· Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
· Tidak mengambil ubat aspirin atau antibiotik tempoh satu minggu sebelum menderma ·Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
· Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
· Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu sebelum hari menderma
· Tidak hamil dan tidak haid
· Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
· Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
· Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
· Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam

wahhh ! terus terbeliak retina mata aku yang warna biru ni. esok ade kempen derma darah la. kat cafe. aku baca poster tu dgn penuh berminat dan tekun. jap. chop chop. nak tanya. derma darah tu best tak ? aku dari dulu lagi nak cuba derma darah sbb aku suka teramat. berminat. tapi bfore ni ta bole sbb aku ni kan kanak kanak lgi. hehe. tak pe, jgn risau lgi. tahun ni da cukup umur dah. da besar la konon 18 tu. tapi aku rasa cita cita aku ni ta kan ksampaian jgak sbb berat aku bawah 45kg. :( sedih la. nak try derma darah. sbb smbil tu boleh lah tahu aku ni darah apa. hee. dulu masa form5 ade jgak buat blood test time biology, hasilnya aku ni jenis darah O tapi aku sendiri ta pasti dgn kesahihan bnde alah cocok2 tu sbb aku buat dgn siap bgurau senda lagi. tolak sana sini. berebut2. so,agak2 korang la sndiri pk la mcm mana kputusan nya kalau buat blood test dgn penuh sifat riang gmbira mcm tu. mana lah tahu tiba tiba aku check esok. rupanya aku darah N. *ehh. ada ke darah N. haha.
tapi apa kebaikan derma darah ni ek sbenarnya? aku sndiri pun ta tahu. hee. aku rasa nk buat sbb aku minat. dulukan, masa tgok filem filem yang ade ttg pndermaan organ. aku siap tpngaruh ni nak derma organ gak. aku pernah terasa nak derma hati dgn buah pinggang. dan aku pernah ckp bnde ni kat ustaz. tapi ustaz ta bgi. dye kata. jangan. biarlah awak mninggal dgn jasad yang sempurna :)

Saturday, August 21, 2010

cinta dan sahabat ?

Assalammualaikum :)


hidup ni terlalu byk pilihan kan. hari ni, jom kita ckp pasal cinta dan sahabat. mana pilihan korg. kalau aku, terus terang aku pilih sahabat. kenapa ? sebab. cinta jarang kekal. tapi sahabat. selamanya, insyaAllah :) cinta ada musimnya. kkdg musim bunga, kkdg musim hujan. tapi sahabat, sepanjang masa musim bunga. musim bunga yang byk rama rama tu. indahnye. cinta adakala perlukan pgorbanan airmata, tapi sahabat. kita kenal erti gembira smpi lupa mcm mana nak titiskan airmata. cinta tu kadang kadang sakit. tapi sahabat, sntiasa mnjadi penawar utk semua. cinta selalu ade had nya, tapi sahabat. satu hubungan tanpa sempadan. baik buruk, semua dlm genggaman dia. dan setiap cinta, bermula dari sahabat :)



or



Friday, August 20, 2010

Puteri Resort. 5kg ?

Assalammualaikum :)

tgh teruja skang ni sbb da activate fb blik. activate sbb hari hari ade org msg, knp deactivate fb ? activate la cptcpt. sbb tharu dgn cara mereka sume yg cm rindu aku. maka, aku pun activate la fb. :) suka tak ? mesti suka kan. hehe. lokasi skang ialah di rumah. yehaaa ! syok habis wey bila dpt online guna wifi yang bgerak cm cheetah tak mcm kat Micet tu, mcm siput babi berusia 200tahun. lmbt sngguh dye bgerak. sadiss sngguh. smlm berbuka puasa bersama exco exco Srm di Puteri Resort. sgtsgtsgt happening. smpi skang tsenyum sbb happy. da lah dpt makan sepuas hati. lpas tu da mkin rapat dgn exco Srm sume. aku rasa aku da naik 5kg time berbuka tadi. dgn kambing panggang nya, nasi bukhari lgi, kuey tiaw la, roti canai, kuih raya, kuih puasa, mcm mcm lagi lah. aku mkn nasi smpai 2kali. haha. aku mmg da kosongkan perut sejak smlm lagi. haa. amek kau. tkejut sume bila tgok aku mkn nonstop. baru dorg tahu siapa Nur Najihah. npk je comel tapi perut besar mcm stadium bukit jalil ni. next week, program akn dtg yg exco wjib join ; Lawatan ke hospital. ta sabar sbb nak pegi wad kanak kanak nti.
:)



betul ke salah ye?

Assalammualaikum :)


sekejapnya masa blalu kan, tup tup da hari jumaat da hari ni. da hampir 2 bulan aku memegang status pelajar Micet. alhamdulillah. terima kasih ya Allah :) smbil stdy2 ni, aku sempat la update blog dan blog walking sikit. *bukan blog walking. stalk org sbenarnya. haha* ngantuk ni, tu yg buat jahat stalk org. isy isyy. jgn ikut perangai ni tau. tgh stdy General Chemistry ni sbb kul 12 kang ade test. mintaminta dpt berkat sikit hari jumaat ni.

tiba tiba. ade satu bnde bermain2 kat kepala otak aku yang kecik ni, ni diaaa ;sebenarnya kan, efisyen tak cara belajar aku ni ek. aku punya style mcm ni. kul 8-11. aku akan duk la bkhayal, berangan depan laptop. berborak2 dgn budak bilik. lpastu, pukul 11 pergi aku tidur smpai pkul 3. kul 3 bgun, stdy smpi pagi. dulu time skolah pun buat cm ni gak. suka sbb time tu aku sorg je yang bgun. aku ni ta bole nak fokus stdy kalau ade org kiri kanan. mulut ni mesti dok gatal nak pot pet. hehe. kalau terpaksa gak, kkdg aku terpaksa mggunakan kekerasan pd mulut ni. seperti mnyumbat nya dgn makanan. :P kesan utk cara belajar ni ialah, anda akan diserang eyebag mcm aku. ini yang ta bgus nya. dah lah mata aku mmg cacat sbb mata ni sgtsgt ketara sepet sebelah. ditambah dgn eyebag lagi. alahai. buruknya. ptutlah tade org nak ngorat aku. dorg seram tgk mata aku rupanya. haha. dah. nak smbung hafal bnde alah ni. Tera, Giga, Mega, Kilo,............. da smpai masuk U pun still ta hafal2 lagi. hee.

Thursday, August 19, 2010

cara cara kuruskan badan :)

Assalammualaikum :)

PENAT ! -.- baru je lepas balik dari lab. hari ni habis cepat sbb experiment mudah. lemah betul la aku bila time lab ni. banyak sebab dan musabab nye yang mmbuatkan perasaan malas aku mmuncak setiap kali tiba nya hari khamis ni. satu, setiap kali masuk lab, bermakna akan ada satu lab report yang perlu diselesaikan. dan stiap mnggu aku akan buat kerja last minutes utk lab report ni. hee. kedua, utk masuk lab, semua diwajibkan pakai kasut ala ala mcm patung Mcdonald tu pakai. tahu tak, saiz pling kecik ialah 32. bila aku pakai, boleh sumbat 2 3 ekor katak lagi dlm tu. besar gila. berat pulak tu. ketiga, bila masuk lab je, maka bergelen gelen lah peluh aku kuar sebab kat lab tu panas. cair mekap i tau. sob sob. keempat, lab tu terletak beberapa kilometer dari hostel dan perlu mdaki beribu anak tangga. mncabar kan. bayangkan. dgn kasut besar besar. bunyi tup tap tup, bawa lab kot warna putih lagi. dgn fail, beg. hilang lah wajah kecomelan aku. yang tggal wajah pucat mcm baru lepas jumpa hantu pocong.

tapi satu aku suka, setelah aku buat phitungan, aku rasa setiap kali perjalanan pergi dan balik, aku boleh hilang hampir 1kg kalori dan lemak tepu dlm badan ni. bguskan. ta perlu pil pelangsing, diet atau pun senaman. hanya perlu hadir ke lab. :)


mimpi ngeri.dahsyat !

Assalammualaikum dan selamat pagi khamis :)

alhamdulillah hari ni,da hari ke-9 umat islam semua berpuasa. utk yang berpuasa, selamat bersahur. utk yang tak puasa tu, tgh hari kang kita tapau Mcd eh. haha. *-* aku tgh dok pulun habis stdy Technical Maths ni. dgn hanya berbekalkan sistem pngcahayaan dari lappy ni, dpt lah aku buat latihan sikit. al maklum lah. aku miskin, ta sempat2 lagi nak pecah tabung utk beli lampu meja. haha. maka, hsil dari pemikiran ala Mc Gyveraku ni. aku berjaya belajar mngunakan lampu dari lappy ni. hehe. kalau nak terang. buka sumthing yang berwarna putih background nya :)

tdi pukul 3 tsedar sbb aku dibayangi mimpi ngeri mngenai meja study sebelah aku yg berlambak asggment ni. takut aku. so,dgn mgigil ketakutan. aku bgun utk myelesaikan dan mngurangkan senarai timbunan buku atas meja ni. dan whoaa akhirnya da bkurang sikit.da byk ruang utk aku letak makanan atas meja ni. haha. itu best. smbil belajar makan. smbil makan update blog. barulah menarik kn. dah. nak tidur jap ni. sbb tidur boleh mmbuatkan wajah berseri. nti ta bseri lak aku pegi kelas kang kalo tak cukup tidur. byee. jaga diri wahai kawan semua.


*stdy math smbil dgr lagu2 Maher Zain. syahdu :'(

Wednesday, August 18, 2010

bangkit lah kaum hawa :)


Assalammualaikum :)

suasana ptg dgn angin sepoi2 ni buat jiwa aku rasa mmbuak nak ckp ttg khidupan. hehe. tadi blog walking lpas tu byk lah terbaca ttg CINTA. kenapa ek kita mesti nak sedih pasal cinta yang konon nya tak kesampaian? bangun lah wahai perempuan. makin kita fikir, makin lah bnde tu hancurkan diri kita tau. ingat dlm diri. kalau laki tu syg kau, dia ta buat kau nangis atau hancurkan hati kau. walaupun sekecil bnda pun dia tipu.maksudnya dia tak pernah jujur cintakan kau. kalau sebab cinta hidup kita tunggang langgang sana sini. abaikan byk bnda, apa manfaat nya ? kalau pelajaran teruk. lepas tu cinta tu pun sama terbang. haa, apa kita ada ? KOSONG ! jangan dok lolaq sgt 24jam pkir cinta ni. selagi kita buka pintu hati kita. adalah jodoh utk kita.
secara teori nya, llaki semua mmg tahu yang hati perempuan ni terlalu la nipis dan lembut. dan kalau dia sebut dkat mulut yang dia sayang kita dan kita lah segalanya utk dia. dia akan buat kita sedih tak ? mungkin tidak. tapi bila dia sakitkan hati kita, buat onar sana sini. tu maksudnya dia sayang kita ke. ketuk pintu hati tu,cari jawapan nya ye :) dan kalau satu hubungan tu da secara rasminya terputus secara sukarela oleh dua dua pihak. walaupun masa buat kputusan tu kau masih sayang dan akan selamanya sayang dia. kau kena kuat. ingat. yang lama sentiasa akan ada pgantinya dan mungkin yang baru lebih baik dari yang lama.

Tuesday, August 17, 2010

Vendor City :)

Assalammualaikum :)
tgok. baru 7hari da kurus sikit. HAHA. perasan je.

da 7hari da aku berpuasa di Vendor City ni. nama nak canggih kan, vendor city tapi dtg la sini saksikan kawasan ni. mesti korg terpegun dan terkesima. aku ni sampai skang still terfikir fikir ada wujud rupa nya tempat mcm ni kat dlm melaka. knp baru skang aku tahu. hee. da seminggu puasa kat sini, aku rasa suka la pulak. yelah,hari hari mesti ade menu istimewa yang akan dicetuskan oleh organiser kelab berbuka puasa utk bilik aku dan bilik sebelahnya. walaupun hidup serba kekurangan kat sini tapi kami mampu mnikmati waktu berbuka puasa yang mnarik. cewahh. :D mcm harini, kiteorg buat koktail. yeahh. best. kalau da berbuka ramai2 tu. pukul 8 pun ta habis makan. bukan setakat makan je,siap pakej gosip sekali. haha. tu wajib. yelah dari pagi kumpul cerita, bila ptg. masing2 kluarkan la apa hasil gosip yang dorg da dpt. hee. maybe jumaat ade berbuka puasa dgn exco exco SRM kat Puteri Resort. agak teruja tapi risau sbb dis week ade 2 test ; general chemistry dgn technical mathematics. alahaiii, maths tu ade liat liot sikit aku nak stdy. ta tahu knp hati ni keras sgt nak trima maths tu. :(

perempuan dan perampas.

Assalammualaikum :)

tgh hari mcm ni. kalau la dpt minum air kelapa sejuk, perhhh. mesti bestkan. smbil tu mkn kuih keria. wah wahhh. meleleh air liur. mkin bgendang2 bunyi perut. so, utk mgelakkan dari terus bkhayal pasal mkanan. baik aku duk taip satu entry. :)
korang sume pernah terlibat dgn satu konflik rampas merampas, tarik menarik tak ?alahh. contohnya mcm si Timah ni kawan baik kau, tiba tiba dtg la si Joyah ni duk mngesel gesel kat si Timah ni. blanje itu la, layan baik punya. pastu yang si Timah ni pun mlayan la si Joyah dan kau mcm diabaikan sikit. kasih sayang da tbahagi dua. pdahal sebelum ni, kalau bole makan pun nak spinggan. yelahh. best friend forever konon nya. apa kau rasa kalau kene mcm tu? kau marah Tima ke Joyah tu ? ke kau akan label si Joyah sebagai PERAMPAS ? atau pun kau terus protes dan pergi depan Timah, pastu kau ckp. mulai hari ni. kita da tade pape. putus ! *ni gila touching kan* tapi tulah yang kbanyakan prempuan suka buat. perempuan ni bgi aku kadang2 sgt tamak. bila hari ni kita kata. kita kawan baik selamanya. maka terus lah jatuh hukuman bahawa org tu ta boleh nak kawan baik dgn siapa lagi kcuali duk kepit sana sini dgn kau. tak ke kesian kat org tu. duk hadap muka kau je smpai kan kalau ade bulu kening kau baru tumbuh pun dye boleh perasan. haha. mana tak nye. da 26 jam bersama je. apa pun kesian kat Joyah tu kan.maybe dye ta niat nak rampas si Timah cuma dye nak bkongsi Timah tu dgn kau.
maybe ade segelintir kita mcm tu kan. tamak. asal org amek hak kau, kau label dye perampas. dan hanya utk perkara tertentu kadang2 sifat tamak tu perlu jgak. dlm percintaan ke. kalau kau murah hati sgt duk bagi BF kau kat org lain. ta ke hari hari kau kene makan hati. lama2 bukan makan hati je. usus pun kau kunyah. lelaki kan. pantang kita baik sikit. mulalah back up plan dye. kalau 1 back up tape. ni smpai 2 3. haha. cukup main pandai lagi dye bt back up plan. :P


*utk someone. kalau kau bca ni. aku sedar aku ade amek hak kau. dan aku janji. one day kau akn dpt dia sepenuhnya mcm dulu. aku cuba utk pulangkan apa yg patut dpt. bahagia tu milik korang sebenarnya. :)

Monday, August 16, 2010

misi mencari dan mengintip.

Assalammualaikum.

skang ni even mood aku tgh berterbangan satu dunia. aku tetap teruja dan blari lari lepas blik kelas sbb nak baca blog seorang student Micet ni. mcm da kes jatuh cinta lah pulak, haha. bukan jatuh cinta kat owner tu tapi blog dye. lelaki kan. kalo tulis blog simple tapi mmg best. kalo da start baca blog dye. mmg ta bgerak la mata aku ni dari hadap screen lappy ni. khayal den. :) tapi owner dye ni aku ta tahu sape sbb tade gambar. nak sgt tahu. yelah. nama pun budak micet kan. mestilah kkdg bole terserempak sbb micet ni bukan besar mana pun. so, aku tgh myiasat dan mncari siapa kah pemilik blog ni. nnti da tahu aku nak pergi depan dye dan ckp ' abg senior, blog abg best :) ' hehe.

**jah, aku ta kuat laa. tolong !:(

Sunday, August 15, 2010

AKU.

Assalammualaikum dan selamat malam semua :)

malam malam mcm ni.aku ta tahu knp tibatiba aku rasa mcm nak tggalkan semua org. nak pergi jauh dari dunia ni. aku rasa nak hidup sorang je. aku rasa kosong sgt skang ni. kenapa ni ? ya Allah. apa semua ni. tibatiba hari ni aku rasa aku da jauh sgt pergi, aku lalai dgn dunia ni. bila aku da biasa bermewah. aku jadi serba tidak kerna dgn erti kkurangan. aku jadi ta keruan. bila aku da biasa dibelai, aku jadi kosong apabila tiada tempat bmanja. bila aku da biasa berada dia atas, aku jadi malu utk berada di bawah. dan bila aku semakin melupakan Nya. aku takut utk bhadapan dgn ujian ujian Nya. kirimkan la seorang pyelamat utk aku yang sudah jauh tenggelam dlm lautan kegembiraan. tariklah diriku ke tepian keinsafan. aku takut. aku mgigil bila mmikirkan hukuman Nya. beri aku perisai supaya aku kuat mnahan godaan kejahatan. sediakan diriku dgn dinding kekebalan supaya tiada anasir jahat mampu melepasinya. kau hembuskan semangat kekuatan urk aku. semoga semua dibwah kehendak Mu.

deactivate !

Assalammualaikum semua.


skang ni cuaca kat melaka asyik hujan.mendung. best sbb sejuk je. tade la tgn aku asyik gatal nak capai botol air atas meja. haha. eh korang. ade pgumuman ni. aku akn deactivate fb utk seketika. hee. sbb nak mcurahkan semua kasih syg kat blogspot ni. :D lpas ni. tade lah aku rasa mcm nak maki maki je bila ta dpt on fb lagi kan. apa apa kita cerita kat blog atau ym ye. :)

Saturday, August 14, 2010

bosan. selesaikan tag :)

da ta dapat on fb. apa lagi. mari kita selesaikan tag :)

5 nama samaran kamu:
i) jiha
ii) pendek
iii) kak yah
iv) nur
v) tembam


5 tarikh penting dalam hidup kamu:
i) 15 April 1992 (birthday)
ii) 26 April 1965 (birthday mak)
iii) 2 April 1957 (birthday ayah)
iv) 11 julai 2010 - daftar MICET
v) 8 Disember 2009 - last pakai bju sekolah :)

5 perkara kamu buat semalam:
i) pegi lect chemistry.dapat markah quiz. ta puas hati. :(
ii) siapkan brochure proficiency english. HOMEHANA Homestay.
iii) berbuka sorang2 kat bilik.
iv) pegi Giant dgn mak.
v) betulkan lappy kat pc world.

5 perkara yang buat anda gembira:
i) bila dpt jumpa kwn2
ii) Qaiyyum Azrii
iii) online dgn wifi yang sgt laju.
iv) movie. movie & movie. :))
v) shopping.

5 tempat percutian idaman kamu :
i) Mekah. jeles dgn org yg da dpt pergi.
ii) new zealand. ade bungee jumping :)
iii) Wizarding World of Harry Potter -Universal Orlando!
iv) japan.
v) new york. (tpngaruh dgn CSI New York)

5 sebab kamu jawab soalan ini:
i) takde keje.
ii) saje gatal tangan
iii) bosan
iv) terlebih rajin
v) sbb akk aku yg tag. hehe

5 kawan untuk di tag:
i) jah
ii) fyy
iii) awaa
vi) syuhada
v) nawal

petang petang rasa nak peluk cium orang la. :D

Assalammualaikum :)

mulamula sekali. sebelum aku memulakan segala kisah. aku nak ckp yang aku syg kat Blogspot sbb dgn wifi yang tengelam timbul kat micet ni. blogspot je la yang masih mampu bernafas. facebook tu jgn harap la. kuar simbol je. yang lain. haram. lgsung ta mmunculkan diri. dah. noktah.
tiba tiba kan petang ni,aku rasa mcm nak peluk cium beberapa makhluk yang aku tgh rindu. pertama nya. Ain Izzati. ya allah. kau tahu tak betapa aku rindu kau. aku sgt rindu nak shae masalah2 dgn kau. dah lama ta jumpa kan. aku bukan setakat nak peluk cium kau. tapi mcm mcm nak buat. rasa nak sepak. nak tampar. dan aku rasa rindu nak peluk cium 2 org budak kecik yang kdg2 bau hanyir mcm telur. hehe. Aqilah dgn Faiq. dulu kan sebelum masuk U. aku pernah ditugaskan mnjadi bbysitter kpd 2org budak nakal ni. tiap kali blik rumah. tak sempat nk jumpa dorg. tape, raya nti mesti dpt jumpa wajah wajah org yang tgh berputar putar dlm otak aku ni. :)

*dlm bilik asyik dgr lagu raya je. yeahhh. teruja meyh nak raya.

kalau kat ruma. bukan mcm ni.

Assalammualaikum :)

Selamat pagi semua. o yeahhh. duk sini. laptop aku jarang nak off. kul 2 3 pagi off, then kul 5 time sahur. on balik, hehe. sebab apa ? sebab sini bosan. kalau kat ruma aku buat mcm ni. mahu kene hempuk dgn lappy ni. haha. yelahh, mak aku ta suka tgok aku online lama2. mak aku pling geram bila tgk aku senyum senyum depan lappy. dye jeles tu. hehe. sahur sahur ni, tiba2 rasa mcm nak terbang blik ruma jap. yelah. kat sini sahur mkn roti. roti. roti. biskut. bosan. kalau kat ruma best sikit. dah la bgun org kjut. hehe. ta paya duk susa2 tekan snooze byk byk kali. :D

Friday, August 13, 2010

makcik tu rabun warna.

Assalammualaikum.

hahh. tgok lah. aku kalo da stat blogging. ta bole stop pulak. kjap kjap nak update. hehe. ni haa. meyh dgr cite pasal makcik. aku & nasi ungu. tadi ptg mak aku dtg amek aku jap, bawa aku shopping. kiteorg sggah la bazar ramadhan Batu Berendam. then aku npk la satu kedai ni. "NASI KERABU". aku dgn mata bsinar2. dan hati yang girang. terus ckp kat mak aku. mak! nak nasi krabu eh. *fevret* aku pun beli lah nasi kerabu laps tu siap tambah ayam berempah lagi. nafsu makan ni yg nak. aku ikutkan je. haha. balik hostel, tik tok tik tok. masuk la wktu bbuka. aku pun buka lah bngkusan nasi kerabu tu. dan aku terus tgamam. warna ungu ? knp biasa aku mkn warna biru ? ni nasi kerabu ke nasi kelambu. aduh. kalo da warna pelik. apa tah lagi rasa nye. utk myedapkan hati aku, aku da bt satu konklusi. aku rasa la kan. makcik yang jual tu rabun warna kot. tak dpt nak bezakan warna biru dgn ungu. tapelah makcik. sya tetap makan mskan makcik tu wlaupun agak sukar utk ditelan :P

kemunculan semula. :)

Assalammualaikum


lama gila da kot ta update blog. knp ? sbb malas. tade idea. hehe. pdahal dulu. dlm sehari 4/5 kali aku update blog. dulu tangan ni sgt la rajin mnaip tapi skang tangan dah rajin menulis je. *mcm ye ye je :D* aku ni still dalam mimpi lagi kadang2. khayal je. dgn tutor ta buat. assgment buat ala kadar, haiihh. ade sape sape rasa berani tak ? tolong dtg jumpa aku. then tampar sikit muka aku ni. biar sedar sikit. da jauh aku mimpi ni. tu sbb malam malam aku suka ngigau. haha. segan je bila roomate aku buka cite aku ngigau jerit2.

chop chopp ! sebelum aku lupa. aku nak ucapkan Salam Ramadhan. walaupun aku agak lambat, aku tetap nak ucap jugak. dan tahun ni teramat la sedih sbb aku kene puasa dkat hostel. dah la aku ni tamak haloba. tiap kali nak beli mkan. itu aku nak. ini aku nak. last last time bayar, tnganga aku.padan muka. haha.kat sini satu yang aku suka ialah hari hari ade ikan keli. tu je la ikan yang selalu ada. sini bukan tempat utk pgemar ikan mcm aku sbb ikan jarang ada dan ikan lagi mahal dari ayam. ta best la ayam. muakk :(

pening ta baca entry rojak ni ? haha. tapi sbb korg rindu aku. korg mesti setia jugak mmbaca kan. hehe. aku tahu korg syg aku. :D

Wednesday, August 4, 2010

benda yang kita tak minta. tapi terjadi jgak.

Assalammualaikum.

maaf utk semua. sbb wifi micet ni sgt suka main nyorok2 skang. suh agak susah utk aku mengaktifkan diri dekat blog. lately ni emosi agak tganggu. penat. then persekitaran kat sini aku ta biasa lagi. sakit sana sini. masalah dalaman. luaran. hurmm. aku ta minta sume ni jadi. hari hari tadah tangan minta hidup ni diberkati rahmat Nya. tapi aku sedar, aku cuba letak kan kata kata semangat dlm diri. Allah tahu apa yang terbaik utk kita. selagi kita redha, ingat siapa kita. insyaAllah. memang kdang kdang aku tak kuat mcm apa aku ckp. depan org aku cukup gembira. senyum sana sini. gelak gelak. bila aku sorang. aku pk siapa diri aku. knp adakala aku tak layak dpat apa aku nak wlaupun aku cuba sehabis baik. mesti ade sebabkan. muhasabah diri. yang buruk mesti dtg dari kita bukan org lain.

*ayat tunggang tbalik mcm emosi skang. :(