aku rasa mcm semangat pulak ye berblogging smenjak tukar layout pink ni. hehe. tadi aku blogwalking blog blog kwan2 lain then aku jumpa satu entri pasal 'Hyperhidrosis'. kalau yg tak tahu dan malas nak google apa tu hyperhidrosis. meyhh sini aku ceghita pnjang utk korg.
"Hyperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak."
Kebetulan aku mgalami masalah mcm ni. so, aku selalu lah duk search kat incik google tu ttg hal ni.dan aku jumpa bberapa benda menarik mengenai hyperhidrosis ni.



siap ada sorg girl ni buat blog khas utk org2 yang alami hyperhidrosis.SINI.
dan ini.MALAYSIAN HYPERHIDROSIS SOCIETY.Orang orang yg alami hyperhidrosis ni sama je mcm org lain. korg tak kan tahu dorg alami pnyakit ni nak nak kalau dye ni hnya la penghidap Palmar Hyperhidrosis which is dye hanya akan berpeluh dgn teruk nya kat bhagian tapak tangan sahaja.
Sebenarnya, hyperhidrosis ni ada tbahagi kpd bbrapa ;
1. Hands (Palmar hyperhidrosis)
2. Armpits (Axillary hyperhidrosis)
3. Feet (Plantar hyperhidrosis)
4. Face (Facial Blushing).
Hampir 6% manusia seluruh dunia mengalami masalah Hyperhidrosis ni. disebabkan masalah berkaitan hyperhidrosis seperti bau yg tidak diingini, kesukaran utk melakukan kerja2 kerana tangan basah dan sebagainya, seseorang itu akan berasa stress dan itu semestinya akan mnganggu kemampuan seseorang utk bkerja dan myebabkan masalah hyperhidrosis ini bertambah buruk... kerana yperhidrosis jugak boleh terjadi apabila seseorang itu stress.
Hyperhidrosis jugak terbahagi kepada hyperhidrosis primer dan hyperhidrosis sekunder.Hyperhidrosis primer di mana ia sering bermula ketika seseorang remaja atau hampir remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ia ada kaitan genetik (antara 30 peratus hingag 50 peratus anggota keluarga boleh terbabit).*aku dgn kakak aku mmg terbabit dgn sindrom Hyperhidrosis ni. tapi akak aku phidap Face (Facial Blushing).*Manakala hyperhidrosis sekunder berpunca dari masalah seperti penyakit pituitary, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat ubatan. Namun yang paling sering dihidapi adalah hyperhidrosis primer.

Punca hyperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.Kemungkinan kedua ialah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, takde siapa tahu mcm mna dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.
Dari segi rawatan, usaha mengatasi hyperhidroisis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor dan bagi mendapatkan rawatan hyperhidrosis ini, saudara perlu berjumpa pakar kulit.Ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.
Untuk kaedah dari segi rawatan perubatan.Pghidap hyperhidrosis boleh menggunakan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride.Suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) juga digunakan untuk merawat masalah ini.Beberapa jenis ubat dari kumpulan anticolinergic seperti oxybutynin ( Ditropan) juga turut digunakan.
Manakala bagi rawatan melalui pembedahan, ada beberapa jnis teknik digunakan.Bagi masalah hyperhidrosis yang mmbabitkan bhagian ketiak saja, ia akan dirawat dgn cara pembuangan dan pemusnahan kelenjar peluh yang terbabit dengan mlalui kaedah liposction dan ada juga menggunakan laser.
Satu lagi teknik pembedahan yang sering dilakukan ialah teknik endoscopic thorasic syphatectomy (ETS). Teknik yg menggunakan cara laparoskopik atau pembedahan lubang kekunci ini membabitkan pemotongan/mengetik (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada.Mengikut kajian yang dibuat, teknik ini memberikan kepuasan pesakit lebih dari 80 peratus dan ia sesuai untuk kanak kanak. Teknik ini juga boleh mengurangkan peluh dari tapak tangan pada 85 peratus hingga 95 peratus dari pesakit. Pembedahan ini boleh dilakukan oleh pakar bedah kardiothorasik atau pakar bedah laparoskopik.Tetapi kos utk mlakukan ETS ini mnelan blanje yang byk sekitar RM7000/RM8000 di Malaysia ni.
Hyperhidrosis ini juga bole dikurangkan dgn penggunaan losyen ataupun bedak di tangan.
Sememangnya penyakit Hyperhidrosis ini tidak mdatangkan maut atau sakit yang tenat ttapi kesan dari penyakit ini,ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang akibat dari perasaan malu dan tidak selesa kerana pengeluaran peluh yang banyak.Kebanyakan dari mereka juga malu untuk berjabat tangan dan sering mengelak daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan peluh seperti bersenam.
Oklah. Rasa mcam dah terlebih penerangan pulak utk entry kali ni. Sharing is caring kan. Aku harap org yang alami ni dpat la maklumat. Tak byk pun takpe. Janji ade something yang korang dpt. :)
psttt ; aku phidap Palmar Hyperhidrosis. seksa den ! :(


0 org tekan butang KOMEN.:
Post a Comment