Sunday, January 23, 2011

superrr !

Assalam. :)

mood skang tersangat sangat la superduper happy. weekend yang best. sebab Zarif dtg melaka. :) siap buat suprise lagi. kata nak dtg hari jumaat tiba tiba. hari jumaat petang dye kata dye dah ada kat Micet. haha. and malam tu jgak ktorg pegi dinner sesama. then esoknya, kuar dgn roomate sume pegi shopping mnyopping dengan senang hati sbb duit mara ade. tapi mybe sebab da lama tak shopping, mood tu da tade. ayat poyo :P

dannnnn paling penting, akhirnya ktorg berjaya jugak beli hedgehog. suka suka. aku bagi nama Pluffy & Muffy tpi nama manja Fify & Momo. ni je lah mainan aku kat Micet kalau bosan bosan. ada la jgak bnde utk dibuli. hee. today, ahad. Zarif da balik gebeng. takpe. insyaAllah nti dye dtg lagi. thanks sayang !


Momo


Fify

Monday, January 17, 2011

random.

Assalam suma. :)
Sem ni,macam biasa la je life. memandangkan Zarif takde kat Micet sebab LI, maka aku akan mula lah buat perangai manja dan ngada2 iaitu tiap tiap minggu nak balik rumah. hehe. kalau Zarif ade, cuma call call mak je. tak balik pun takpe. buruk perangai kan. btw, jumaat hari tu mak aku dgn rajin nya dtg jemput aku. dye siap ajak makan ayam penyet lagi. fuhh. nikmat. pece lele tu 2kali nikmat. dan btambah tambah nikmat nye mggu ni sebabnya aku dpt angkut sume baju kotor utk dibasuh di rumah. untungkan rumah dekat. :D

Semenjak dah ade baby kat rumah ni, lagi lah aku semangat nak balik. sebab dpt cium dye puas2. Medina mcm dah lain, da pandai skang. nak org dukung je. pastu da pandai nak seksa mama dgn nenek dye, dye hari hari bt hal tak nak tido. semenjak ada Medina ni jgak,blog aku pun asyik penuh dgn cite dye. hehe. maaf, over excted ada anak buah ni. masa nak balik haritu, peluk dgn cium dye puas puas sbb lpas ni lama tak balik. this week maybe Zarif dtg melaka. yahoo! yey! sukaaaaaaaaaa sgt. minta minta la dye dpat dtg. ktorg plan dis week nak belikan hadiah utk Medina dgn anak buah dye. dan kami nak beli pet. tolonglah jadi apa yg aku plan ni. kalau tak, mmg hampa punya.





Sophea Medina & Aunty N.

*adik aku da dapat SBP. kesian Medina. uncle da tade nak mainmain dgn dye lagi.

Saturday, January 15, 2011

kenapa lah tak kuatkuasakan sekarang?

Assalam :)

ni entry ketiga utk hari ni sebab bila kat rumah mmg keje aku hadap laptop je. hehe. kalau kat micet, keje aku tido dan tido :D tadi duk usha usha berita semasa kat berita harian online. then baca satu artikel ni ; DIPLOMA PERKASA

kerajaan cadangkan nak pendekkan tempoh diploma jadi 2-2 1/2 tahun sebab nak galakkan pelajar pelajar prefer diploma dari foundation atau matriks. alahaiii. kenapa lah kerajaan tak pk bnde ni dari dulu. kalau tak, cepat sikit aku hbis diploma then dapat smbung degree, lpas tu kerja dann KAHWIN.haha. miang kan. baru 19tahun da pk kahwin.

seriously. teringin sgt.


dari haritu aku dok teringin dan terliur liur nak makan Macaroon ni. tapi kat melaka still tade pun lagi. ada gak usha usha sana sinun tapi tak wujud lgi. :( nak buat pun tak reti. geram tgok macaroon ni warna warni, tu yang buat aku rasa cam teringin sgt nak makan. haritu ade sorang kawan da try buat, dye kata senang. takpelah, nti bila eazy da hbis pantang. nak ajak dye try buat.

kaya sekejap :D

Assalam dan hello semua! :)

*kalau budak budak Micet mesti tahu apa aku nak tulis bila baca tajuk entry ni. hehe.

semua tahukan,last week aku da start study balik. kali upgrade sikit. hee. da sem 2. so, da faham sgt dgn keadaan kat Micet tu. yang buat ktorg happy gila sem ni ialah ktorg da dpt duit2 elaun bulanan mara yg ttunggak masa sem 1 hari tu. tak byk mana pun. around RM 3,000.00 je. tapi mmg syok la sbab tiba tiba selepuk dapat duit cmtu. masa belum dpt lagi, aku da pk mcm mcm nak beli. bila da dpt ni. lagi la. kjap kjap google handphone, pastu buka web MNG, Roxy. haha. duit bukan nye bnyak mana pun tapi aku punya kecoh mcm duit tu ade 10ribu. -.-'

tapi kan bila pk pk tambah pulak kena nasihat sikit. aku rasa aku nak simpan je duit. just nak beli apa yang ptut. hehe. minta2 la aku dpat tahan nafsu bila tgok benda benda yg menarik. :)



wink wink. SHOPPING !

Friday, January 14, 2011

teruskan.



"Kalau sekali kau kata cinta, jangan pernah berpaling semula.
Pandang hadapan dan pasti tiba masa untuk bahagia."

:)

Saturday, January 8, 2011

boleh tak kalau tak nakkkkkk...

Assalammualaikum :)

heyy semua. sihat tak ? kalau tak sihat jgn duk gatal2 hadap screen ni ye. pi rehat. :) kalau bbdk Unikl ni, mesti sume dah pulun2 blik hostel kan. ni yang aku tgh duk mroyan kat rumah ni sbb aku tak nak blik Micet. hehe. rasa malas yg teramat nak packing brg, aku rasa cm nak bwa balik brg utk smnggu je then weekend balik rumah amek brg balik. teruk betulkn tahap kemalasan aku. tak senonoh punya anak dara -.-'

aku malas nk kemas brg sbb aku kan jadi bibik utk Medina dgn mama dye. so bila busy, aku akan rasa penat, bila da penat aku akan rasa nak tido,bila da puas tido, aku akan rasa nak online puas2sbb jarang ade masa nak online, bila da online, mcm ni la... aku akan jadi leka dan lupa terus ada tugasan packing2 yg aku kena buat.

memandangkan rumah aku dgn Micet tu tak berapa nak jauh, aku pk nak balik ahad malam je tapi tiba tiba tadi. aku dpt msej yang mgatakn aku kena dtg meeting rakan muda hari ahad ni pukul 9pagi. ya Allah. terus rasa mcm blur dan kelamkabut sbb satu bnde aku tak prepare lgi.hehe. kesian aku, takde org nak bawa aku pi beli brg sume. :(

dan smpai skang, aku still takde kptusan yg tepat bila aku nak balik Micet, kalau la boleh tak payah balik. kan best. tapiii aku kan nak kahwin nti. so kena la belaja geghajin. haha. gatal kan. sem2 pun tak mula lgi aku dah pk kawin. :D

Friday, January 7, 2011

:'(


.DEAR GOD.


A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

*kalau rindu,mesti dgr lagu ni then tgok video. syokk. mesti senyum je lpas tu. even Zarif takde la romantik sgt cm org lain. tapi kkdg bila dye bt video or poem ke. alahaiii. tahap melting point aku naik mndadak. dtg lah melaka cepat !

Thursday, January 6, 2011

NAK JUMPE!!!!!!!!!!!



Nak jumpe budak chomel kat atas nih boleh x?

Wednesday, January 5, 2011

aku mmg annoying. ;'D

Assalam :)

dah 2 hari smnjak jadi aunty ni, mmg byk beri kesan pada diri aku. yelah, sape lagi nak jadi pmbantu kakak aku mlainkan aku, adik dye yg comel ni. hehe. pagi kene bgun awal, masak kn dye sbab mak pegi skolah. then ramai org yg dtg nak tgok Medina dan akulah yang kene mlayan. haihh. tu blum dok pk lagi keadaan rumah ni. tapi nasib baik la aku mmg suka kemas2, mop rumah ni sume. keje fevret aku. rasa lah sikit bdan ni lenguh2 bila tiba wktu malam. Medina pulak bila nangis suara nyaring. rasa lain rumah ni. kalau dulu sunyi je, skang syok. bosan bosan pergi cium dye smpai puas. nikmat betul ada baby kat ruma ni. ehhhh dah. tetttt. aku bukan nak cite pasal tu sbnar nye.

kisah nye cmni, ada lah 2 3 budak Micet kata cek mara da ada kat Micet. dorg yang da dpt ni, pulun dok bgtahu aku. pastu, tnye tnye aku da dpt tak. alahaiiii. aku mmg resah bila org cite pasal duit ni. rasa geram&jeles! :D aku nak sgt tahu yg betul ke cek da dpt tapi aku malas nak call finance Micet. aku tak tahu nk ckp cmne nti. dan satu hari ni, aku dok gesel2 mak aku, mrengek rengek suh mak aku call kan finance tapi dye bt tak tahu je.

mak aku ni, dengki tau. sgaje je bt cmtu. pdahal dye tahu. perangai anak dye mmg cmni, sume bnde mak. kjap2 'makkk buatkn jiha ni' , 'mak ouh mak, call kan la Micet'.... mmg cmtu la perangai aku. ngada2 kan aku. perangai semulajadi, susah nak buang. haha. alasan semata mata. satu perkara lgi yg paling selamba dek yg aku tlah bt ialah, aku tak bayar lagi yuran hostel aku. haha. dan disbabkan itu, aku tak bole bt semester registeration. tanya lah knp aku tak bayar lgi yuran tu. aku anggap korang da tnye ye. haha. meyhh aku jawab. aku tak byar lgi sbb mak aku tak nak teman pegi bayar. ya Allah. bila pk balik. ngada ngada pulak aku ni. sume bnde nak harap mak buat. takpe lah, mak aku rajin layan. korang mesti jeleskn sbb aku boleh manja lagi smpi besar ni. :))

Tuesday, January 4, 2011

ouh sayang. we love you !

Assalam and Hello semua. :)

Korang mesti dah baca entry pasal baby girl yg baru je lahir smlm kan ? yee. yg comel tu. putih2. dye ni anak akak aku. so, kira nye anak buah pertama aku lah. ta sangka, da jadi makcik da aku ni. da tua. :'D

Tengah hari tdi, aku ikut mak pegi tgok kakak dgn anak dye. alahaiii. sgt la comel. mmg putih. tapi kan. dye nak org dukung je. kalau letak, dye merengek. tapi tape, disebabkn ktorg mcm terlebih excted sbb da lama tade budak kecik dlm family ni. ktorg sgt rajin melayan kan kerenah si comel ni. ayah tade pulak utk tgok cucu pertama dye ni. insyaAllah, bulan ni mybe ayah akan blik. mesti dye suka sgt.


tolong abaikan muka aku yg sgt bulat tu -.-'

Untuk si kecik tu. sayang, jadi anak yang baik tau. jangan susah kan mama awak tu. ktorg sume sayang awak sgtsgt. awak buat kami sekeluarga btambah rapat. jangan nangis2 ye, mama dgn papa awak kan ada tu. dan kakak, semoga dye cepat sesuaikan diri dgn title baru ni. kau da jadi mama wey. cepatkan masa blalu. :)


*act, da ade nama dah tapi kakak blum officially bgtahu sume so terpaksa simpan dulu nama ni.

hanya org yg alami je tahu mcm mana rasa nya.

Assalam. Heyy budak comel dan hensem!

aku rasa mcm semangat pulak ye berblogging smenjak tukar layout pink ni. hehe. tadi aku blogwalking blog blog kwan2 lain then aku jumpa satu entri pasal '
Hyperhidrosis'. kalau yg tak tahu dan malas nak google apa tu hyperhidrosis. meyhh sini aku ceghita pnjang utk korg.

"
Hyperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak."

Kebetulan aku mgalami masalah mcm ni. so, aku selalu lah duk search kat incik google tu ttg hal ni.dan aku jumpa bberapa benda menarik mengenai hyperhidrosis ni.





siap ada sorg girl ni buat blog khas utk org2 yang alami hyperhidrosis.SINI.



Orang orang yg alami hyperhidrosis ni sama je mcm org lain. korg tak kan tahu dorg alami pnyakit ni nak nak kalau dye ni hnya la penghidap Palmar Hyperhidrosis which is dye hanya akan berpeluh dgn teruk nya kat bhagian tapak tangan sahaja.

Palmar Hyperhidrosis

Sebenarnya, hyperhidrosis ni ada tbahagi kpd bbrapa ;

1. Hands (Palmar hyperhidrosis)
2. Armpits (Axillary hyperhidrosis)
3. Feet (Plantar hyperhidrosis)
4. Face (Facial Blushing).

Hampir 6% manusia seluruh dunia mengalami masalah Hyperhidrosis ni. disebabkan masalah berkaitan hyperhidrosis seperti bau yg tidak diingini, kesukaran utk melakukan kerja2 kerana tangan basah dan sebagainya, seseorang itu akan berasa stress dan itu semestinya akan mnganggu kemampuan seseorang utk bkerja dan myebabkan masalah hyperhidrosis ini bertambah buruk... kerana yperhidrosis jugak boleh terjadi apabila seseorang itu stress.

Hyperhidrosis jugak terbahagi kepada hyperhidrosis primer dan hyperhidrosis sekunder.Hyperhidrosis primer di mana ia sering bermula ketika seseorang remaja atau hampir remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ia ada kaitan genetik (antara 30 peratus hingag 50 peratus anggota keluarga boleh terbabit).*aku dgn kakak aku mmg terbabit dgn sindrom Hyperhidrosis ni. tapi akak aku phidap Face (Facial Blushing).*Manakala hyperhidrosis sekunder berpunca dari masalah seperti penyakit pituitary, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat ubatan. Namun yang paling sering dihidapi adalah hyperhidrosis primer.



Punca hyperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.Kemungkinan kedua ialah aktiviti saraf simpatetik keterlaluan yang memberi rangsangan kepada kelenjar peluh yang normal, menyebabkan kelenjar menghasilkan banyak peluh dalam masa singkat. Namun, takde siapa tahu mcm mna dan apa menyebabkan saraf simpatetik bertindak keterlaluan.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hyperhidroisis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor dan bagi mendapatkan rawatan hyperhidrosis ini, saudara perlu berjumpa pakar kulit.Ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Untuk kaedah dari segi rawatan perubatan.Pghidap hyperhidrosis boleh menggunakan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride.Suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) juga digunakan untuk merawat masalah ini.Beberapa jenis ubat dari kumpulan anticolinergic seperti oxybutynin ( Ditropan) juga turut digunakan.

Manakala bagi rawatan melalui pembedahan, ada beberapa jnis teknik digunakan.Bagi masalah hyperhidrosis yang mmbabitkan bhagian ketiak saja, ia akan dirawat dgn cara pembuangan dan pemusnahan kelenjar peluh yang terbabit dengan mlalui kaedah liposction dan ada juga menggunakan laser.

Satu lagi teknik pembedahan yang sering dilakukan ialah teknik endoscopic thorasic syphatectomy (ETS). Teknik yg menggunakan cara laparoskopik atau pembedahan lubang kekunci ini membabitkan pemotongan/mengetik (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada.Mengikut kajian yang dibuat, teknik ini memberikan kepuasan pesakit lebih dari 80 peratus dan ia sesuai untuk kanak kanak. Teknik ini juga boleh mengurangkan peluh dari tapak tangan pada 85 peratus hingga 95 peratus dari pesakit. Pembedahan ini boleh dilakukan oleh pakar bedah kardiothorasik atau pakar bedah laparoskopik.Tetapi kos utk mlakukan ETS ini mnelan blanje yang byk sekitar RM7000/RM8000 di Malaysia ni.

Hyperhidrosis ini juga bole dikurangkan dgn penggunaan losyen ataupun bedak di tangan.

Sememangnya penyakit Hyperhidrosis ini tidak mdatangkan maut atau sakit yang tenat ttapi kesan dari penyakit ini,ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang akibat dari perasaan malu dan tidak selesa kerana pengeluaran peluh yang banyak.Kebanyakan dari mereka juga malu untuk berjabat tangan dan sering mengelak daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan peluh seperti bersenam.

Oklah. Rasa mcam dah terlebih penerangan pulak utk entry kali ni. Sharing is caring kan. Aku harap org yang alami ni dpat la maklumat. Tak byk pun takpe. Janji ade something yang korang dpt. :)




psttt ; aku phidap Palmar Hyperhidrosis. seksa den ! :(

ceghita blog baru ni. alahaiii.

kalau orang yg hari hari baca blog aku,mesti perasan yg aku baru tukar layout. bnde ni berlaku tak seperti yg aku rancangkan. *ayat metafora sikit.* yelah, cite nye mcm ni. aku mula mula just nak blaja bt header yg transparent tu. then nak mekap2 blog ni sikit bagi ringan. tiba tiba aku tnmpk layout ni. comel pulak sbb ade gamba kucing dgn budak pmpuan tu. tangan ni pulak gatal2 pulun nak try. aku dgn muka excted nye,trus copy code code tu then paste. tak tkan save lgi ni. tiba tiba dye kuar kat blog aku. aku tgamam kjap then t'pk. 'ehh.apahal blog ni kosong.mana sume chatbox aku, nuffnang, bla bla widget yang lain tu.' tolonglah jgn kata sume tu da hilang. then aku try cari cari code tu sume. tetap tade dan aku dgn rasa nak ngis nye. tpaksa pasrah je dgn layout baru ni. malas dah nak cari lain. dan konklusinye hari ni masa aku, aku byk hbis masa utk set up balik blog ni bagi comel. aku rasa cm ta semangat la bila tgok blog ni kosong je. dah la layout warna pink. sakit jgak mata aku mula2. tapi tapelah, zarif kata; sayang, takpe lah. pink kan ssuai utk pmpuan. sejuk trus hati aku dgr cmtu. haha. geli tak.

dan korang sume,tolong bole tak ? aku ade sedikit blur tentang button button yg bwah ni.

yang button link here tu kan. mcm mana kalau kita nak hyperlink kan dye ek ? aku ni dah la lembap sikit it. da penat mata aku ni pndg html code ni sume. tolong ehhhh bgitahu aku.

and one more, korang tahu tak manamana blogger yang boleh buatkan header dgn upah yg murah. takdelah murah sgt tpi berbaloi. aku rasa cm bminat nak tempah header ni. :)

Monday, January 3, 2011

welcome baby girl !


Tahniah utk abg dgn kakak aku. alhamdulillah,kakak da selamat lahirkan seorang baby girl yg sgt comel. geramm tgok gambar dye. selamat datang ke dunia ni. harap jadi anak yg solehah ye sayang.

tiba tiba rasa mcm diri dah tua pulak bila da dpt anak buah ni. jangan nti anak buah aku ni confius. aku ni makcik dye ke apa. sbb kecik sgt.

kami sayang Penyu !




tengok lah. comel sungguh ktorg ni kan. hehe. yeeee. kalau korg nak tahu. ktorg ni mmg addict dgn penyu atau nak nama glamer nye turtle. mak aku ni pun satu. mcm tahu2 je kan yg jodoh aku dgn org terangganu, kecik kecik dye da bgi aku peluk penyu. :'D


Sunday, January 2, 2011

kenape aku sayang Zarif Anuar? :')

( budak baju merah tu jahat tau. entah apa dye jampi aku smpai aku bole syg sgt kat dye.)

Hehe. Mesti korang rase pelikkan asl aku buat entry nih. Sebenarnyer aku buat entry nih sebab tiba tiba rasa aku nak explainkan kat sume kawan2 aku kenape aku sayang bebenor kat mamat pendek tuh :P.Ye lah kan, dah la pendek, kecoh,tak pandai jage hati, PMS, loudspeaker. Kenape lah aku boleh jatuh hati kat mamat sewel tuh .Dengan care hack yang berhemah aku selitkan skit gambar die mase kecik. Hahaha. Walaupown tak brp nak banyak tapi cukuplah ceritekan sedikit sebanyak ttg si pendek ni :DD. *kutuk2 tapi sayang tau !

(love u Zarif Anuar!!)

1)Chomel

Aku kan chomel.. so, mestilah pilih pakwe yg kiut miut(pendek) ngan aku jugak. baru lah bila org tgok. org akn kata ' ehhh korg ni comel la. sesuai sgt. mcm Vanessa Hudgens dgn Zac Efron.' Haha. perasan -.-'

alala. comelkan dye. :)



2)Suke warne pink

Aku ni pelik tau sbb aku tak suke pink so BF kene la banyak baju pink untuk naturalkan keadaan. Ishhh,aku tak tau la asal mamat tuh banyak sangat baju pink. Aku punya baju pink pun ade berapa sgt la kalau nak bndingkan dgn die tu. Nak kate sebab rabun warne, dah banyak sangat dah baju pink. ke sebab die naturaly tuuuuuuuutt…. haha. tolonglah jangan !

pinky boy. :P

3) Bodyguard peribadi

Aku nih dah la kecik, kuat nangis. kenelah selalu ade orang jage kan.Walaupown pakwe aku nih kecik jugak,tapi die sentiase ade bile aku memerlukan.tu yg buat aku syg sgt kat die.


(haaa. tgok tu. sape brani nak buli jiha ? )


4)Gagah berani
(tough x pakwe saye? :) )

Huh gagah? Cam pelik je kan..tapikan kalu korang nak tahu zarif nih berani wey. baru kenal sebulan dah berani jumpe mak aku. die kate x maen la kuar2 ngan anak orang x mintak izin nih. tolonglah cakap die poyo sbb aku pun geli dgr die ckap ayat tu. hehe. tak gentle la babe, die kalu bolehkan sampai atok nenek aku die nak mengadap. konon...tapi tu lah, dak jip *adik aku* jadi mangsa peneman kalau ktorg kluar. Tq dak jip!

(tapiiii biasalah. takde org perfectkan. same lah mcm hero aku ni. die ni penakut. takpe. aku berani. cewahhh)

5)Ade byk sgt bende yg die boleh buat aku senyum

Buat lawak bodo die,kutuk org sana sini, ejek aiman atau dak jip atau keluage kedue2nye*wajib ade sesi ni* :D, my little jiha, ade di saat memerlukan, dan cube untuk kenal semue orang yg rapat dengan aku.



6)Seorang yg periang

Specialnye zarif nih kan, die happy je memanjang. selalu je buat aku happy. payah la kalau nak merajuk ngan die ni,tak pernah aku majuk ngan die lebih dari 1 hari. nak merajuk pown ade je bende lawak die buat. kalau jauh2 cmni, bole la bt2 kental mrajuk dgn die. kalau time depan2 tu, jgn harap la. aku yg seksa tahan gelak.

(yo bro, sis !)



<3


7)Seorang yg pentingkan kesihatan

Aku ni dah lah malas bersukan. bola jaring ke, bola tampar ke. satu bnde aku tak tahu main. hehe. teruk kan..jogging tu pun zaman2 dulu ade la. skang nii, jgn harap la. mmg seribu satu alasan aku bgi. tapi sekarang ade zarif ni, boleh la die pakse2 aku supaya aktif sikit. tapi takde lah mcm die kan, smpai pegi gym sume tu.

(kecik2 dah pulun main bola)

8)Orang kampong mcm aku

Aku ni kan org kampung je, so atas kesedaran diri sndiri. aku takde lah nak duk flirt2 dgn org town kan. rasa mcm lain. nasib baik la anak pakcik anuar ni org kg jgak. tu yg lagi tambah keserasian aku dgn dye. and lucky sbb die nak jgak kawan dgn aku yg berasal dri Kg Seri Minyak ni. :D

(i lapp kampung ! )

9)Last but not least my little prince

Sebab ape little? mesti la sebab die pendek. hahaha. lantak korang la nak cakap aku gedik ke ape ke,tapikan bagi aku zarif nih lah orang yg aku tunggu2 selama nih. datang secare tiba tiba kasi aku kepercayaan, kasih sayang, kekuatan dan bimbingan untuk aku tempuhi hari2 dengan lebih bermakna. aku hargai sgt die dalam hidup aku.

cewahhh. bergaya. :)

yaaa. that my Prince !


Tu lar kisahnye sedikit sebanyak sebab aku mencintai Zarif Anuar. Thanks tau sebab jage jiha dan sayang kat jiha. Jiha sentiasa doa yang hbungan kita kekal. AMINNNNN. dan bende bende kat ats nih lah sedikit sebanyak yang buat aku syg sgt kat mamat yang agak sewel ni. :')

Saturday, January 1, 2011

part ni mmg aku tak faham.

hari ni bukan hari aku puji diri sendiri tau.cume aku nak minta la pandangan korg. kenapa lah agak nye bila org tgok gamba aku. org kata aku COMEL. serius aku mmg tak faham. sbb aku tgok. muka aku ni. bulat macam bola. kulit pun bukan lah putih. pipi pulak tak lah mulus mcm org lain. style pun mcm org kg je. tapi org ghamai totap kata aku comel. hehe. mekasih ye abg2 kakak2. i loike. ehh maaf, entry ni seems like mcm aku bangga diri. gedik or what. tapi tapelah. blog aku kan. :'D

cuba korg tgok ni ehh. threewords about me.



tapi sume orang ade pndangan beza2 kan. bagi aku. aku rasa mcm diri aku ni biasa sgt. tade apa pun yg boleh bt org toleh kat aku byk2 kali tapi aku bsyukur sbb aku ckup sempurna kat mata org2 yg sayang aku. tapi utk yang kata aku comel. aku rasa korg kata aku comel sbb aku suka senyum kot. kalau org kenal aku, mmg tahu sgt, aku ni suka senyum. rasa mcm pelik bila aku selisih dgn org, then aku ta senyum. rasa janggal. jom la ramai2 senyum. mesti muka korang terus jadi sweet mcm Selena Gomez yang kiut miut tu. barulah bole tackle Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad. :'D

welcome 2011 and goodbye 2010.

bagi korg tgok sikit gamba aku sempena tahun baru ni. hehe. tade apa berubah pun.

hari ni da masuk tahun baru. kejap je masa bgerak. haihh. umur pun da mningkat. yey da 19. errrr. mcm da bsar sgt je, pdahal. sume bnde nak mrengek2 kat mak lgi. ehee. tapelah. aku kan comel. mestilah manja. haha. tolong jgn muntah2 sbb geli eh.

mcm org lain aku pun haruslah pulun buat enry 2010----2011. sibuk nak tiru org je aku ni. apa pun, terima kasih utk 2010 sbb bagi aku mcm mcm pengalaman hidup. baca la ni ha. bnde2 mnarik yg ta berapa nak syok utk tahun ni.
  • first time duk hostel, mmg sgt blur. rasa mcm sume bnde ta perfect. kalau bole nak angkat je rumah bawa pegi Micet tu. tapi lama2. oke dah :)
  • rasa mcm mana penat nye utk cari duit. kerja kat Coolblog almost 4months. sgt busy. penat. smpaikan akk sndiri kahwin pun aku ta ambik tahu pkembangan. alhamdulillah. rasa puas sbb dapat beli apa yg nak guna duit sndiri.
  • dapat result SPM yg sgtsgt mgecewakan. entah la, malas nk ingat. salah sndiri. so sndiri tanggung. :l
  • jadi student U totally sgt beza dari skolah kan. mula2 kat Micet. aku rasa kosong. abende la sume ni. dgn sistem carry mark tu aku blur. credit hour lah. quiz, test. amik masa sgt lama aku nak ssuaikan diri. insyaAllah.sem2 aku da bole amik iktibar apa yg patut.
  • dapat kenal dgn sorang yang betul2 bt aku selesa. even kenal tak lama then tgur2 mcm tu je. aku rasa mcm ade something yg mnarik utk aku rapat dgn dye. dan aku ta mnyesal utk bagi hati aku kat dye. harap2 kitaorg kekal. aminnnnn. <3
2011 ni pulak aku doa dan simpan harapan mcm2. nak kata azam, bukan. tapi lebih kpd angan angan. ehh cop cop. angan2 same dgn azam ke ? -.-

  • harap tahun ni aku pulun habis la study. kalau aku ta sdar2 diri jgak. bt prangai cm dulu.mmg cari nahas la aku ni. tolonglah berubah Nur Najihah Rosli.
  • aku nak beli skurang2 nye seekor haiwan eksotik utk dibela. mybe hedgehog atau sugar glider.
  • nak maintain kan berat badan yg ideal. tak nak dah underweight tu sume. *kalau boleh nak hilangkan buncit ni. (tapi malas nak bsenam. hehe)
  • tak nak dah buat perangai perangai tak matang aku dkat Zarif. nanti kang dye lari. baru tnganga aku menangis.
  • nak jadi org yang mesra alam sikit dekat Micet tu. sem1 dulu. aktvt aku; pegi kelas, beli makan, duk bilik. bosan kan ?
  • dapat duit mara, aku nak amik lesen. tuka handphone. hehe*cnfirm kene bebel punya kalau aku shopping sakan dgn duit tu. :P
  • last but not least, aku nak kumpul duit. yehaaa ! nak kahwin lagi 4tahun. haha. harap2.